Wednesday, May 6, 2009

aku dan perubahan

sebelum umi mulakan solat isyak tadi, umi buka balik cerita zaman aku muda-muda dulu.zaman hingusan aku.
seronok bergelak ketawa.bertepuk tampar sambil mengesat air mata kegembiraan.seronok.dan aku tersedar sesuatu.aku dah berubah.

kalau dulu aku yang paling pendek.sekarang dah tinggi sikit dari umi.walaupun masih tempat kedua terpendek.tapi masih lagi ada perubahan.
kalau dulu umi akan pastikan rambut kami tak lebih dari paras bahu.sekarang kami yang tentukan panjang rambut kami.no more boycut.no more 'tempurung'cut.ada perubahan positif di situ.
kalau dulu aku tanpa segan silu membacakan sajak di khalayak ramai tatkala aku mula pandai membaca.sekarang semestinya tidak lagi.malu.juga ada perubahan.
kalau dulu umi akan meng'iron' semua baju sekolah anak-anaknya.sekarang aku pandai meng'iron' bajuku sendiri.dan kadang-kadang bajunya juga.satu perubahan kan.
kalau dulu aku langsung langsung tak boleh menyentuh sebarang mee segera.sekarang aku dah banyak kali 'merasa' mee maggi.walaupun terpaksa call abah malam-malam dan bagi sebab lapar juga tak ada makanan dan pernah juga terkantoi dengan umi.tapi masih ada perubahan.
tengok.betapa aku dah berubah!
dan sekarang.betapa ramainya manusia di luar sana yang menggelar aku dengan gelaran 'anak dara'

" abah.tengok anak dara abah ni.orang nak keluar dah ni.tak mandi2 lagi!"jerit umi
"ee.malas betul anak dara sorang ni.g la msk..blablabla (sesuatu yang anda tak perlu tau)" kata mr.x dalam smsnya.
"mad senangla.ada dua anak dara kat rumah dia.."kata pakcik yang aku tak sure namanya.
di saat aku membeli ikan dan sayur di 'pasar bergerak' pakcik van dan isteri.
"pandai dia beli ikan.*sambil jeling2 kat aku*(padahal aku main taram je.nak bodek aku la tu.tak pon nak perli aku.tak kisah la makcik)
mak takde kat umah.kena masak sendiri" kata makcik 1
"dah jadik anak dara ni kne la belajar masak.nanti orang tak masuk minang..pot pet pot pet" bebel makcik 2
dan mereka ketawa dengan gembira.dan aku masih bingung mencari sebab mengapa mereka ketawa.haruske?
haruske mereka memanggil aku anak dara??rasa macam allergic semacam je bila orang panggil macam tu.cuba gunakan bahasa urban macam golongan belia ke.remaja muda ke.bolehla diterima.anak dara??haih.malunya.sumpah tak mau keluar rumah dah.
sambung.
aku sendiri perasan dengan perubahan-perubahan dalam diri aku.masakan tidak.ini aku.sekilas ikan di laut aku dah kenal jantan betinanya.aku lebih tau siapa aku.dan tak semua perubahan yang berlaku itu positif.dan aku jadi bingung dengan perubahan negatif dalam diri aku.tapi aku tak mampu untuk melawan makhluk laknatullah itu.'mereka' hantar aku dengan 'prebet' pun dah cukup untuk goyahkan iman aku.yah.aku tau.Allah dah pun nyatakan dalam al-Quran.
syaitan itu datang dari pelbagai arah.tapi maaf teman aku gagal berjumpa dengan ayatnya.mungkin lain kali.mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk mengemuakakan dalil itu.insyaAllah.aku akan cuba lagi.
sambung.dan aku juga tahu.hidup kita sebagai manusia telah diberi dua pilihan sahaja.samaada jalan baik ataupun buruk.
" maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan.."
(91:8)

bergantung kepada kita juga untuk memilih jalan yang mana.ya.aku juga tau.sesungguhnya berilmu tanpa amal kerja yang sia-sia.dann beramal tanpa ilmu itu sesuatu yang bodoh.tapi itulah aku.kurang dari segala segi.itulah kelemahan aku.oleh kerana aku rasa berdosa aku telah postkan ini.agar teman-temanku tidak terikut sama.dan terasa bahagia kerana aku berjaya menggunakan bahasa kita se'skema' yang mungkin.(tersasar sebentar).tanpa sedar.ini juga satu perubahan.

cukuplah kalau aku katakan aku berubah hampir setiap hari dan setiap saat.soal anak dara tu.biarlah apa orang nak kata.walaupun ia agak menggelikan.tapi rasanya lebih baik dari gadis sunti.
cukup merepek di sini~
aku membesar

0 bla bla bla: