Thursday, May 21, 2009

gila?

sekejap.aku gelak terguling-guling.
sekejap.aku menangis macam budak-budak.

aku menggelabah tak tentu pasal.
aku langgar tiang parking.
aku digelakkan orang kebanyakan.
aih~

aku makan biskut lutut.yang tak pernah aku sentuh.oh.atau.
mungkin aku pernah sentuh.tapi.tak pernah sukakannya.

dan.aku tak sentuh nasik.at least untuk hari ni.
ya.mungkin tak pelik untuk sesetengah orang.
tapi.untuk aku.agak memelikkan.kerana sesungguhnya.
aku penggemar nasi!no doubt~

serius!segala sistem dalam badan aku jam teruk.
oh!mungkin skeletal dan muscular system aku masih mampu berfungsi.
buktinya.aku masih boleh menaip.untuk postkan entry ni.
nervous dan endocrine system mungkin yang paling banyak kerosakan.
buktinya.aku mula meracau-racau di sini.
dan otak aku mula berfikir perkara di luar petala alam.
dan.akhirnya membuatkan belakang badanku sengal-sengal.
dan rasa gemuruh tiba-tiba.dan paip air mata terbuka.automatik.

plkn.muak aku dengar.kenapa mesti aku?
aku insan terpilih?untuk menjadi hitam?
untuk dibuli kawan-kawan yang 'ganas'?
sudahla siri ke3.jenuh aku bertekak dengan makcik pejabat pos.

makcik : ni kamu punya?tak dapat mana-mana ke?
aku : saya punya.oh.tengah tunggu result matrik.
dan dia ada masalah pendengaran.oh tuhan!
makcik : tak dapat mana-mana?hm.siri ke3.budak-budak masalah ni.

dan.yang lain.biarlah rahsia.

aduh.tolonglah.takde maknanya aku nak merompak pejabat pos tu.
rekod aku bersih ok!ouh.mungkin sekali dua meng'escape'kan diri kat surau sekolah.
tapi.aku tak pernah kantoi.
brutal sangat ke muka aku?

result.mungkin ok.mungkin tidak bagi aku.tapi.aku syukur.
"..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir."
surah yusuf.ayat 12.na'uzubillahhiminzalik.

itu keadaan aku 2 hari lepas.
aku semakin stabil.cuma perlukan masa.
untuk bernafas.untuk berfikir secara normal.
untuk bermuhasabah.untuk kembali tenang.



" apakah manusia itu tidak mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta."
surah al-Ankabut ayat 2-3

seronok jugak menghilangkan diri.kan aida~



hidup ibarat roda~!

0 bla bla bla: