Thursday, September 2, 2010

ah..tinggal 65 hari lagi~

pejam celik pejam celik, lepas aku kira kira, aku congak congak tinggal 65 hari je lagi sebelum aku final exam. serious cuak kot. konon kononnya bawak buku balik rumah time cuti raya ni, tapi tak tau la sapa study sapa nanti. yela. cuti ni mestilah kena tolong umi buat kuih. kemas rumah. masak masak. *ehemm* :P tak tolak lagi tidur tidur yang aku kena qada balik tu~ ^^

dalam kebosanan aku lepak sorang sorang ni sebenarnya aku terkenangkan aktivti aktiviti yang aku dah join sepanjang sem 1 tahun 2 ni. payah jugak sebenarnya nak handle satu satu benda ni sebenarnya kan? okey.aku baru tahu. especially bila kita jadi HICOM. yela.masa 1st year dulu aku banyak jadi kuli je pon dari jadi ketua. semua kerja dah dibahagi bahagikan. masuk 2nd year ni baru la aku merasa jadi ketua. aku pulak yang bahagi bahagikan tugas kat orang lain. ingatkan senang. tapi. pergghhh! payah kott! terfikir juga. baik lagi jadi kuli dari jadi ketua.kan?

kalau jadi kuli. semua pembahagian kerja dah dibuat. kalau nasib tak baik TERjoin exco yang banyak kerja, kenalah berpeluh peluh sikit. kalau bernasib baik dapat exco yang buat kerja kerja simple, bolehla goyang goyang lutut sikit. setakat yang aku join masa 1st year dulu, mudah jugak kot. paling best masa jadi AJK bawah exco pameran Minggu Penghayatan Islam. bukan setakat boleh goyang lutut, korang nak goyang ape pun korang goyang lah. ketua exco tu tak kisah langsung. rileks habislah time tu. aku tengok kawan kawan se-coursemate aku yang nasib kurang baik join exco penajaan, berpeluh peluh ketiak kena ke hulu hilir mintak duit sumbangan dari school school. tapi relaks relaks aku pun, kalau buat kerja tak betul kena sound juga. tapi bagi budak baik macam aku ni *ehemm* tade la kena marah ^^ point kat sini sebenarnya ---> kalau kita dah jadi AJK untuk mana mana exco, buatlah kerja sebaik dan semampu yang kita boleh. kalau tak mampu cakap kat ketua exco. biar mereka yang selesaikan masalah tu. benda simple je. dapat arahan daripada ketua exco, lepas tu buat kerja exactly yang macam diorang suruh. simple kan?

lain pulak cerita kalau jadik majlis tertinggi @ hicom ni. jadi hicom ni pun banyak berpeluh jugak. mula mula berpeluh peluh brainstorm overall perjalanan aktiviti tu nanti. lepas tu berpeluh peluh nak berurusan dengan pihak atasan. dah la semacam songeh je pihak atasan tu. tu satu hal. lagi satu hal nak uruskan kuli kuli bawahan a.k.a portfolio2 untuk setiap exco pula. dapat ketua exco yang memahami okey la. tapi kalau dibuatnya ada 10 exco yang ada 10 otak yang lain lain. haru hicom dibuatnya. yela.masing masing otak bergeliga. masing masing rasa dia punya idea paling kaw. hicom suruh buat A, diorang hentam buat Z. bila kena bebel dengan hicom mula nak tarik muncung 1 batu. hicom tau la kenapa dia suruh buat A dan bukannya Z. bukan nak kata semua yang hicom cakap tu betul. TIDAK! hicom pun manusia biasa jugak. kalau apa yang exco exco cadangkan tu bernas, mesti hicom takde masalah nak terima idea korang. lagipun untuk kebaikan aktiviti tu juga nanti kan. tapi kalau idea tu kena reject mungkin ada sebab sebabnya. yang tu masalah hicom-exco. ada jugak masalah hicom-hicom. especially kalau dapat hicom yang tak sebulu. tu pun payah jugak. tapi setakat yang aku join ni..semua tade bulu kot. erk? kecuali masa nak handle satu program tu. okeh stop. lagi satu, jadi hicom ni kena pandai deal dengan orang. mulut kena manis. tambah tambah lagi bila duduk kat bumi cik siti wan kembang ni kan. semua orang suka manis manis. kalau tak payahnya nak dapat kelulusan. yang ni aku refer kat tetttttttt~ ^^

banyak jugakla benda yang aku baru tahu dan baru belajar sepanjang handle aktiviti aktiviti ni
1) kalau tak tahu, jangan malu malu nak tanya orang orang yang tahu. tu pun kalau tak nak kertas kerja kena reject 2 3 kali

2) kalau buat kertas kerja tu, janganlah buat sehari sebelum aktiviti. sekurang kurangnya 3 tahun sebelum aktiviti tu, dah menyemak dah kertas kerja tu kat HEP. oke tipu. at least 5 bulan sebelum aktiviti tu, dah siap dah kertas kerja kita. dalam erti kata lain, perancangan awal sangat sangat sangat la penting. so hicom dearie, do take note ok~

3) kalau rasa diri tu dah tersangat sibuk dengan aktiviti aktiviti lain, silalah jangan terima tawaran untuk handle aktiviti dah. bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri ye. sudahlah diri sendiri jadik macam tongkang pecah assignment ke mana, kerja kerja aktiviti ni ke mana. semua haru. jangan ingat jawatan jawatan yang kita terima tu takkan disoal kat akhirat nanti. peringatan untuk aku jugak tu ok~ cik lat..sila ambil perhatian!

4) memang semua orang pandai. masing masing ada stand yang kukuh. tapi kalau semua orang nak ikut kepala masing masing, alamatnya tak menjadi la projek tu. daripada awal awal nak tengok projek yang kita rancang tu gilang gemilang, alih alih tengok kertas kerja kita masuk longkang je nanti. point kat sini, pandai pandai la nak beralah. kalau kita tengok group member kita ni memang kaki 'ketegaq' apa salahnya kita ikutkan dia aja. kasi dia kembang sikit.ok

5) mohonlah pada Allah agar dipermudahkan semua urusan. tak semua yang kita rancang tu akan jadi kenyataan. kadang aku sendiri terlupa nak minta tolong pada Allah. padahal semua yang kita dapat tu daripada Dia juga. bila kertas kerja dah kena reject sampai 3 kali baru teringat kat Allah.aiya

banyak lagi sebenarnya.tapi......nanti nanti la~ banyok kijo etek ^^ *petang tadi ada kelas bahasa kelantan.wahaha*

dan tadi. aku jatuh longkang~ sakit. tapi yang banyaknya maluuuuuuuu -____-"
tak tahu nak cerita kat sapa..betapa malunya aku tadi! ok.relieved~